News & Announcement

October 25, 2021

RESIDENSI PR1MA MATANG HOMES

Pelanggan yang dihormati, PR1MA Communications Sdn Bhd (“PCSB”) merupakan anak syarikat Perbadanan PR1MA Malaysia (“PR1MA”) yang menyediakan akses FTTx (Fibre-To-The-Home, Fibre-To-The-Office) serta menawarkan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dan jalur lebar (“internet”) di kediaman PR1MA seluruh Malaysia. PCSB komited untuk memastikan rangkaian komunikasi yang mencukupi serta mengukuhkan liputan internet bagi menampung peningkatan penggunaan di kediaman PR1MA dari semasa ke semasa. Sementara itu, PCSB ingin memperkenalkan dan menawarkan pakej baharu Fibre 30 & Fibre 60, perkhidmatan fiber dengan kelajuan yang berdaya saing dan harga mampu milik seperti dibawah:
Sukacita dimaklumkan bahawa pakej baharu perkhidmatan jalur lebar PR1MA Communications boleh dinikmati oleh penduduk Residensi PR1MA Matang Homes yang disasarkan pada Oktober 2021. Di samping itu, bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar ini dapat memberi kualiti perkhidmatan internet dan manfaat yang baik kepada pelanggan, PCSB ingin menjalankan kaji selidik kepada penduduk berhubung penggunaan perkhidmatan jalur lebar. Tujuan kaji selidik ini penting dalam menawarkan perkhidmatan jalur lebar yang lebih sesuai selaras dengan kadar penggunaan dan keperluan penduduk dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan sokongan dari pihak penduduk amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih,
PR1MA Communications Sdn Bhd

Recent Updates